Kepala anggota TLDM dipukul sebab bersalam tidak pandang muka

LUMUT – Disebabkan ketika bersalam tidak memandang muka, seorang lelaki memukul kepala seorang jemaah dengan kuat di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu berlaku selepas mangsa selesai menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.

Video berdurasi 37 saat yang memaparkan kejadian pukul itu tular di aplikasi Twitter sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, laporan diterima daripada mangsa berusia 30-an yang merupakan seorang tentera TLDM.

“Dalam kejadian itu, mangsa bersalaman dengan lelaki tidak dikenali yang tiba-tiba menampar dengan kuat menyebabkan mangsa mengalami sakit pada belakang kepala dan telinga.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana mangsa tidak memandang muka suspek semasa bersalam menyebabkan dia berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Perak untuk rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagaimanapun, kes telah selesai susulan mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles