fbpx

Ustaz pedofilia umpan mangsa makan dapat seks percuma

SHAH ALAM – Sebuah akaun Titiktok yang menggunakan akaun @qayqay menjadi tular dengan ribuan ulasan pengguna internet sejak awal pagi tadi susulan pendedahan bagaimana bermulanya skandal seks melibatkan seorang pendakwah selebriti yang kini dalam tahanan reman sehingga Jumaat.

Dalam entrinya @qayqay mendakwa pelajar berumur 14 tahun dan pendakwah itu berkenalan menerusi laman sosial  Instagram (IG).

Dakwa  @qayqay, anaknya yang merupakan kawan baik kepada mangsa memberitahu mangsa pada mulanya bertanya mengenai perihal agama melalui pesanan DM sebelum penceramah itu memberi nombor telefonnya.

Titik kepada pertemuan kedua-duanya bermula setelah penceramah itu mengumpan makanan percuma sekiranya mangsa berjaya menjawab satu soalan teka-teki.

“Cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan. Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular,” tulis @gayqay

Dalam video yang berbeza, dia juga mendakwa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka, namun, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.

Menyalahkan kedua-dua pihak, wanita terbabit menyerahkan siasatan kepada pihak yang berkuasa.

Dalam video tersebut, @qayqay menggunakan audio yang dipercayai merujuk kepada pendakwah berkenaan.

Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles