KENYA – Seorang pemuda berusia 22 tahun yang disyaki merogol seorang wanita berusia 100 tahun maut selepas dibelasah oleh penduduk kampung yang berang dengan perbuatan kejinya, menurut laporan.
Pius Mwireri maut selepas mengalami kecederaan serius akibat dipukul penduduk kampung Karundori di Runyenjes, Embu County, Kenya, kata polis.
Mayat Mwireri dihantar ke hospital Kyeni dan pihak berkuasa sedang menunggu laporan bedah siasat.
Suspek yang juga seorang pelajar universiti, dilaporkan menceroboh kediaman wanita warga emas tersebut lalu merogolnya ketika mangsa sedang tidur.
Warga emas berkenaan sempat meminta tolong sebelum penduduk kampung memberikan bantuan.
Wanita warga emas turut dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan semakin pulih serta dibenarkan pulang ke rumah.