fbpx

Pengasas konglomerat hartanah Bumiputera EMKAY Land meninggal dunia

SHAH ALAM – Tokoh  hartanah Bumiputera yang mengasaskan syarikat EMKAY Land Holdings Bhd., Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, 73,  meninggal dunia pada pukul 7.45 akibat sakit tua.

Menurut anak Allahyarham, Felina, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham dijadualkan dibawa ke rumahnya di Damansara Perdana untuk disempurnakan dan disolatkan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor hari ini.

FELINA

“Buat masa ini jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya,” kata Felina yang dipetik  Astro AWANI.

Dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing, Perak pada 18 Mac 1949, Allahyarham merupakan graduan Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah dan menerima Ijazah Kedoktoran dari Universiti Utara Malaysia.

Allahyarham memulakan kerjayanya dengan berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor.

Selepas dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor, beliau beralih ke sektor swasta dengan memegang jawatan Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn Bhd.

Pada 1983, beliau menubuhkan secara rasminya Kumpulan Syarikat EMKAY yang menawarkan rumah mampu milik, terutamanya kepada pembeli rumah pertama, sehingga beliau digelar ‘Raja Rumah Mampu Milik’.

KOMPLEKS pernigaan Radius di Cyberjaya merupakan antara projek pembangunan EMKAY Land Holdings yang berpestasi tinggi.

Pada Ogos 1999, nama syarikat itu ditukar kepada MK Land Holdings Berhad selepas disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Setakat tahun 2018, kumpulan itu telah membina lebih 60,000 unit kediaman, komersial dan ruang pejabat dengan keluasan 10 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan RM20 bilion.

Ia juga berjaya menjual lebih daripada 35,000 unit kediaman dengan harga bawah RM100,000 termasuk di Damansara Damai dan Bandar Baru Sungai Buloh.

Sepanjang kariernya, beliau dikurniakan pelbagai jenis anugerah dan penghargaan termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2002 dan daripada Raja Muda Perak pada 2003.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles