fbpx

Dituduh curi RM100, remaja parah melecur dibakar rakan

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dituduh mencuri wang tunai RM100, parah melecur disyaki dibakar sekumpulan rakannya di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini kelmarin.

Akibat perbuatan itu, mangsa lecur di bahagian leher hingga belakang badan sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang..

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati, badan mangsa telah dibakar oleh beberapa rakannya yang menuduhnya mencuri wang tunai bernilai RM100.

“Mangsa dipercayai disimbah cecair disyaki minyak sebelum dinyalakan api menyebabkan badannya melecur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hanyan berkata, setakat ini seramai lima individu berusia 18 hingga 25 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati semua mereka negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang memburu beberapa suspek lain termasuk dalang utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles