fbpx

Bidoglio sah ketua jurulatih baharu JDT

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melantik Hector Pablo Bidoglio bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan semalam.

Pelantikan itu disahkan menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, yang berkuat kuasa serta-merta.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata kenyataan itu.

Sebelum dilantik secara rasmi, Bidoglio hadir menyaksikan kemenangan 4-0 skuad Harimau Selatan menentang Sarawak pada aksi liga di Stadium Sarawak, Kuching, malam tadi.

Kehadiran Bidoglio pasti menjadi tumpuan penyokong skuad Harimau Selatan yang bakal mengharungi separuh akhir Piala FA menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 5 Ogos ini.

JDT juga bakal berdepan Urawa Red Diamonds pada aksi pusingan 16 pada saingan Liga Juara- Juara Asia (ACL), pertengahan bulan depan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles