fbpx

Pesona embun beku di kaki Gunung Semeru

KAKI Gunung Semeru di Kampung Ranupani, Daerah Lumajang, Jawa Timur berubah putih seumpama diliputi salji menarik kehadiran pengunjung yang teruja dan terpesona melihat fenomena alam itu.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang merakam keindahan alam itu yang diabadikan menerusi gambar atau video.

Fenomena semula jadi itu dikenali sebagai embun beku berlaku akibat penurunan suhu menghampiri sifar darjah Celsius di kaki Gunung Semeru hanya berlaku setiap Julai hingga September.

Embun beku menutupi tumbuhan yang memberi gambaran kawasan di Kampung Ranupani di kaki Gunng Semeru seumpama dilitupi salji.

“Fenomena alam ini jarang berlaku, malah ada pelancong yang menunggu untuk mendokumentasikan fenomena itu melalui gambar atau video.

“Ia selalu berlaku setiap Julai hingga September kerana pada bulan-bulan itu, suhu di Ranupani akan menghampiri sifar darjah Celsius,” kata Ketua Pejabat Pelancongan Daerah Lumajang, Yuli Harismawati baru-baru ini..

Kedudukan tinggi Kampung Ranupani iaitu 2,300 meter dari aras laut adalah satu lagi faktor di sebalik kejadian embun beku.

Embun beku boleh dilihat di kawasan rata, seperti di sekitar Tasik Ranupani dan Ranu Regulo.

Ia juga menutupi tumbuhan, sekali gus memberi gambaran kawasan di Kampung Ranupani di kaki Gunung Semeru dilitupi salji.

Pengunjung yang ingin melihat embun beku di Kampung Ranupani dan kawasan bersebelahan boleh tiba sebelum matahari terbit pada jam 5 pagi waktu tempatan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles