MANILA – Bekas Presiden Filipina, Fidel Ramos, yang memerintah negara Asia Tenggara itu antara 1992 dan 1998, meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan Makati, lapor The Manila Times.
Ramos meninggal dunia pada pada usia 94 tahun.
Ramos, yang memegang jawatan keselamatan berpangkat tinggi sebelum menjadi presiden, dipuji oleh ramai pihak sebagai wira kebangkitan Kuasa Rakyat 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator Ferdinand Marcos Sr, bapa dan kepada pemimpin Filipina yang dipilih baru-baru ini.
Mendiang adalah the presiden ke-12 dan dalam enam tahun pemerintahannya, beliau berjaya memulihkan ekonomi Filipina dengan berjaya menyakinkan pelabur untuk melabur ke negara tersebut. – REUTERS