fbpx

Bagnaia juara MotoGP San Marino, ketepi cabaran Bastianini

PELUMBA Itali, Francesco Bagnaia memenangi saingan MotoGP San Marino, Itali sebentar tadi, untuk gelaran keempat berturut-turut dalam kategori utama perlumbaan.

Bagnaia yang mewakili Ducati Lenovo Team mengetepikan cabaran Enea Bastianini dalam perlumbaan sengit.

Kemenangan itu meletakkan kedudukannya hanya ketinggalan 30 mata ke atas penyandang juara dunia, Fabio Quartararo yang mendapat tempat kelima.

Dia kini menduduki tempat kedua senarai kejuaraan di depan pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro yang menamatkan saingan di belakang Quartararo.

– AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles