fbpx

Suami isteri bertuah temui siling emas RM1.3 juta tersembunyi bawah lantai dapur

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain mendapat rezeki terpijak setelah menemui syiling emas bernilai lebih £250,000 (RM1.3 juta) di bawah lantai dapur rumah mereka, lapor akhbar Mirror UK.

Pasangan itu yang tinggal di Kampung Ellerby, North Yorkshire menemui 264 keping syiling berkenaan ketika melakukan ubah suai rumah.

Ketika mengubah suai lantai dapur rumah mereka menemui syiling berusia 400 tahun itu yang diisi di dalam sebuah tin logam.

Ia tertimbus di dalam lantai konkrit setebal 15 sentimeter (sm) di bawah rumah yang dihuni selama lebih 10 tahun itu.

Sebaik sahaja mengangkat lantai, mereka menjumpai cawan tin yang diisi dengan syiling berharga.

Beberapa syiling emas itu bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.

Pasangan itu mendapatkan pendapat ahli profesional dengan menghubungi firma lelongan Spink & Son di London.

Pegawainya melawat rumah pasangan itu dan memberi analisis tentang penemuan tersebut.

Syiling itu didapati milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters.

Fernley-Maisters adalah pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi dengan generasi terkemudian berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal 1700-an. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles