fbpx

Remaja OKU jatuh atas kereta dari apartmen, polis tahan ibu mangsa

AMPANG JAYA – Remaja orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dan autisme yang tinggal bersendirian di tingkat satu sebuah apartmen dilaporkan terjatuh atas kereta serta mengalami kecederaan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata insiden dipercayai berlaku ketika ibu mangsa berusia 43 tahun dikata meninggalkan mangsa sendirian di kediaman mereka sejak jam 9.15 malam kelmarin.

Katanya, wanita itu yang juga kakitangan swasta di bahagian kewangan, dikatakan membawa anak bongsu perempuannya yang berusia lima tahun ke latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara.

Beliau berkata, wanita itu kemudian dikatakan menerima panggilan daripada bekas suaminya pada jam 8.32 pagi semalam untuk memaklumkan bahawa mangsa terjatuh dari unit kediaman terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terpaksa menerima lima jahitan di bahagian kepala, selain tangan kanan retak serta cedera di muka. Mangsa kini dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah menahan ibu mangsa, kira-kira jam 2 petang tadi.

“Wanita itu akan direman di Mahkamah Ampang, esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles