MONTREAL – Seorang guru wanita di Kanada yang baru-baru ini menjumpai ‘akar’ tertimbus di pantai kemudiannya menyedari yang dilihatnya itu adalah tulang haiwan dipercayai hidup 50 juta tahun lebih awal daripada dinosaur.
Guru itu, Lisa Cormier, 36, sedang berjalan-jalan di Cape Egmont apabila dia ternampak sesuatu yang luar biasa dengan sebahagiannya tertimbus di pantai.
Pada mulanya dia menyangka apa yang dilihatnya itu adalah akar.
Apabila dilihat lebih dekat, dia mendapati tulang rusuk, tulang belakang dan tengkorak.
John Calder iaitu ahli geologi dan paleontologi yang bekerja dalam kes itu, mengesyaki tulang-tulang terbabit adalah daripada sejenis biawak atau persamaan dengannya.
Dinosaur dianggap telah hidup kira-kira 245 juta tahun dahulu dan kemudian pupus kira-kira 66 juta tahun dahulu. – AGENSI