fbpx

Pasangan suami isteri warga asing ditahan kes ugut, cabul

AMPANG – Pasangan suami isteri warga asing di Taman Putra Ampang, di sini, ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes ugutan dan cabul, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis yang menerima aduan daripada lelaki berusia 42 tahun memaklumkan anak perempuannya berusia 12 tahun dicabul lelaki warga Myanmar itu.

Menurutnya, suspek juga beberapa kali mengintai anaknya ketika mandi.

Beliau berkata, lelaki itu dan keluarganya menghuni rumah kedai secara sewa bilik, manakala bilik mandi digunakan bersama pasangan suspek terbabit.

“Isteri lelaki itu turut menerima ugutan bunuh daripada isteri suspek kerana mendakwa mangsa mengganggu suspek.

“Dipercayai keluarga mangsa diganggu secara fizikal dan mental sejak sebulan lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mohamed Farouk berkata, pada jam 12.30 tengah malam kelmarin, polis menahan lelaki Myanmar berusia 35 tahun dan isterinya warga Indonesia berusia 54 tahun bagi membantu siasatan kes.

“Pasangan suami isteri itu direman empat hari mulai semalam hingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles