BANGKOK – Kehadiran beberapa keranda terapung mengejutkan penduduk di Saphan Mai di sini.
Kejadian yang berlaku susulan banjir kilat melanda penempatan berkenaan tular di media sosial.
Rakaman video memaparkan keranda terapung di Soi Phaholyothin 54 di utara Bangkok.
Bagaimanapun, keranda tersebut tidak berisi mayat kerana ia dihanyutkan banjir dari cawangan ‘Burapha Coffins’, sebuah kedai menghasilkan keranda berhampiran Saphan Mai.
Menurut pemilik kedai terbabit, kawasan penempatannya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada Khamis lalu.
Pekerjanya bergegas mengalihkan stok keranda ke tingkat atas premis, namun terlewat dan tidak sempat menghalang dua keranda dibawa arus banjir.
Keranda itu akhirnya diambil semula pemilik kedai, namun orang awam yang terlihat kejadian terbabit sempat merakamnya dan memuat naik ke laman Facebook, Saphan Mai. – AGENSI