fbpx

Dua lagi laporan polis terhadap pendakwah bebas dikait kes amang seksual

SEREMBAN – Dua lagi laporan polis dibuat terhadap penceramah bebas berkait jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki bawah umur.

Sebelum ini, empat laporan dibuat di Selangor manakala terbaharu dua laporan berkenaan dibuat di daerah Seremban pada bulan ini oleh dua mangsa berusia 17 tahun.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, siasatan kes dijalankan bersama pihak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.

“Perbuatan seumpama itu salah di bawah undang-undang negara dan boleh diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Polis Selangor menerima empat laporan berkaitan kes terbabit, iaitu dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.

Laporan itu masing-masing dibuat empat individu berusia lingkungan 17 hingga 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal lelaki berkenaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles