Hartawan India, Gautam Adani paling kaya di dunia

NEW YORK – Hartawan India, Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon, Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.

Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah AS$146.9 bilion (RM666.26 bilion), di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.

Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$260 bilion (RM1.8 trilion).

Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd. melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga bertambah lebih daripada 1,000 peratus sejak 2020.

Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada AS$145.8 bilion (RM661.28 bilion) pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25 peratus tahun ini. – BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles