fbpx

‘Perundangan telah buktikan kebenarannya’ – Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Presiden UMNO itu berkata, beliau telah diaibkan, dimalukan, malah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan dan saya dihukum terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’ (tanggapan umum), namun perundangan telah membuktikan kebenarannya.

“Tapi alhamdulillah hari Jumaat penghulu segala hari menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan ditetapkan demi kebenaran ini,” katanya selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Beliau memanjatkan kesyukuran atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa sekali gus membersihkan namanya daripada tuduhan terbabit.

“Dari hari pertama hingga keputusan hari ini saya amat yakin pelaksanaan perundangan diteliti dan diperincikan oleh Yang Arif Hakim dan tentunya saya rasa apa juga yang dipertuduhkan kepada saya, biarpun saya harus reda dengan ujian yang ditimbulkan ke atas saya namun saya istiqamah.

“Saya amat yakin pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan dan saya amat yakin selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, ini adalah kejayaan perjuangan BN,” katanya.

Terdahulu, Mohd Yazid memutuskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilepas dan dibebaskan atas semua 40 pertuduhan terbabit selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Sebelum ini pada 11 Ogos, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 24 Mei 2021 dan pihak pendakwaan serta pembelaan selesai berhujah pada 7 September lalu.

Saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Ibrahim serta tiga bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun.

Pasukan pendakwaan kes itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani Selain itu, Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles