fbpx

Lapan lelaki, seorang wanita ditahan kes rogol pelajar tingkatan dua

SEGAMAT – Lapan lelaki disyaki merogol seorang perempuan berusia 14 tahun ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan sekitar Segamat, Ahad lalu.

Turut ditahan seorang wanita yang dipercayai membawa mangsa ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum menjadi mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa pada 24 September lalu.

“Polis menerima satu laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki yang dikenali.

“Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu di antara jam 12.30 malam sehingga jam 5 pagi mangsa dibawa oleh rakan perempuan pergi ke sebuah rumah di sekitar Kemelah sebelum mangsa dirogol oleh lapan lelaki,” katanya.

Tambahnya, bertindak daripada maklumat, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya membuat tangkapan pada 25 September di sekitar Segamat dan FELDA Kemelah terhadap lapan suspek termasuk wanita itu.

Ahmad Zamry berkata, suspek sebahagiannya pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman tujuh hari bermula 26 September sehingga 2 Oktober bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B.

Jika sabit kesalahan katanya, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.

Dalam pada itu, mangsa telah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles