fbpx

Rusuhan penyokong bola sepak, 127 terkorban

SERAMAI 127 maut dalam kejadian rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.

Pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah mangsa yang cedera.

Kejadian bermula apabila penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan berkenaan.

Kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, setakat ini dilaporkan angka korban mencecah 127 orang.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.

Pemain-pemain Persebaya segera meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih berada di atas padang turut diserang.

Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles