fbpx

27 maut, 22 cedera akibat traktor terjunam dalam kolam

NEW DELHI – Seramai 27 individu maut manakala 22 cedera ketika perjalanan pulang dari sebuah kuil di India apabila traktor yang menarik troli dinaiki mereka terbalik dan terjunam dalam kolam di Uttar Pradesh.

The Times of India melaporkan, troli ditarik traktor itu membawa pulang penganut agama Hindu dari kuil Chandrika Devi.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath berkata kenderaan sebegitu sepatutnya hanya digunakan untuk mengangkut barangan ladang dan pengangkutan, bukan manusia.

Difahamkan operasi mencari dan menyelamat telahpun selesai dan siasatan akan punca kejadian sedang dijalankan.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah dalam tweet terbaharunya sejurus selepas kejadian.

“Tertekan dengan nahas traktor-troli yang berlaku di Kanpur.

“Ingatan saya dituju kepada mereka yang kehilangan orang terdekat dan tersayang serta doa buat mereka yang cedera,” ciap Modi. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles