fbpx

Individu positif Covid-19 boleh mengundi pada PRU15

KUALA TERENGGANU – Individu positif Covid-19 akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tetapi, perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kehadiran mereka akan dipantau ketat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan kelak.

“Kakitangan kementerian juga akan menjadi sebahagian petugas PRU15 nanti untuk memastikan perjalanannya selamat dan lancar.

“KKM telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP pada PRU15 kepada SPR dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Hanya pesakit Covid-19 bagi kategori satu dan dua sahaja yang akan dibenarkan pergi mengundi pada PRU15 akan datang,” katanya hari ini.

Antara SOP tersebut adalah pemakaian pelitup muka, pelindung muka dan penggunaan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada sebarang larangan untuk mana-mana individu yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk hadir mengundi pada PRU15 nanti.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles