fbpx

KUIS jadi Universiti Islam Antarabangsa Selangor

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini bergelar Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata naik taraf itu berkuat kuasa hari ini membuktikan universiti itu setanding dengan institusi pengajian tinggi lain.

“UIS perlu sentiasa mengorak langkah komprehensif serta mengambil peluang agar dapat membuktikan pengalaman 27 tahun mengelola pengajian tinggi ini akan merealisasikan kejayaan apabila menjadi sebuah universiti.

“Ibu bapa dan pelajar boleh memilih UIS sebagai institusi pilihan utama untuk melanjutkan pengajian yang berteraskan syariah Islamiah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UIS adalah sebuah institusi pengajian tinggi Islam milik penuh MAIS yang ditubuhkan pada 15 Februari 1995 di bawah akta IPTS 1996.

Institusi itu menawarkan pelbagai bidang pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles