fbpx

Enam syarikat muktamad perjanjian 5G hujung bulan ini

KUALA LUMPUR – Enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) negara dijangka memeterai perjanjian akses masing-masing dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk memajak rangkaian 5G syarikat itu menjelang akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed, berkata kesemua MNO telah menandatangani surat itu yang pada dasarnya menetapkan perjanjian masing-masing.

“Kesemua MNO mempunyai tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menandatangani perjanjian akses berkenaan,” katanya kepada pemberita di luar taklimat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.

Pada awal bulan ini, enam MNO iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd dilapor mencapai persetujuan mengenai terma perjanjian akses itu.

Pada 7 Oktober, DNB mengumumkan empat MNO iaitu Celcom Axiata, Digi Telecommunications, YTL Communications dan TM memeterai perjanjian langganan saham membabitkan 65 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat itu. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles