fbpx

Ibu maut, bayi dalam kandungan selamat akibat elak ular

SIK – Seorang ibu sarat mengandung meninggal dunia, manakala bayinya selamat selepas mengelak ular lalu motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan kereta di Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang Sik-Pedu, semalam.

Mangsa, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang berasal dari Bandar Baru Beris Jaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Honda Wave Alpha ditungganginya bersama seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Sik menghala ke rumahnya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai cuba mengelak seekor ular di atas jalan menyebabkan mangsa memasuki laluan kereta sebelum berlaku pelanggaran di bahagian kiri kenderaan itu.

“Pemandu kereta itu yang juga seorang wanita berusia 61 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Remaja perempuan yang membonceng motosikal itu pula mengalami kecederaan calar di tangan kanan, manakala wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kandungan wanita itu berjaya diselamatkan selepas mangsa dibawa segera ke hospital,” katanya hari ini.

Abdull Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles