30 kru filem terperangkap di Gua Tempurung

GOPENG – Sekurang-kurangnya 30 individu terdiri kru pengambaran filem terkandas dalam Gua Tempurung dekat Kampung Gunung Mesah, Gopeng di sini hari ini.

Difahamkan, hujan berterusan sejak pukul 3 petang menyebabkan laluan keluar gua berkenaan dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan berkenaan.

“Kejadian berlaku disebabkan air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba dimaklumkan berkenaan kejadian sebelum mereka bersama polis bergegas ke lokasi kejadian.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles