fbpx

Dua remaja diberkas curi sosej, isi ketam milik jiran bernilai RM30

AMPANG JAYA – Dua remaja lelaki ditahan selepas disyaki mencuri satu peket sosej dan satu peket isi ketam berharga RM30 di sebuah pangsapuri di Kampung Ampang Campuran, di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek dipercayai memecah masuk sebuah stor makanan jiran mereka yang terletak di sebelah rumahnya, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas suspek beredar, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun memeriksa stor dan mendapati pintu jeriji bengkok, dipercayai ditendang suspek untuk masuk ke dalamnya.

“Hasil maklumat pengadu, polis kemudian memberkas suspek pada jam 6 pagi semalam. Mereka mencuri satu peket sosej dan satu paket isi ketam milik mangsa berharga RM30.

“Suspek berusia 21 tahun yang juga jiran mangsa diberkas bersama rakannya berusia 22 tahun, dipercayai memecah masuk stor makanan itu untuk mencuri makanan milik mangsa yang juga peniaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum selama empat belas tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles