fbpx

Warga emas ditemui rentung dalam kereta

KOTA KINABALU – Lelaki warga emas ditemui rentung di dalam kereta miliknya di kawasan taman permainan di Taman Iramanis, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun ditemui di dalam kereta Toyota Spacio miliknya yang terbakar hampir 95 peratus.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, polis menerima panggilan berhubung sebuah kereta terbakar jam 9.10 pagi.

Katanya, sebaik api berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang hadir di lokasi kejadian, pasukan operasi memaklumkan terdapat seorang lelaki berada di dalam kereta berkenaan.

“Siasatan awal daripada pasukan Forensik JBPM memaklumkan, api dipercayai berpunca daripada tempat duduk sebelah pemandu.

“Mangsa ditemui rentung di tempat duduk pemandu dan kereta juga terbakar hampir 95 peratus keseluruhan kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles