fbpx

Jualan telur terpaksa dicatu

KUALA BERANG – Kerajaan terpaksa mencatu penjualan telur di pasaran berikutan kekurangan bekalan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, KPDNHEP sudah memaklumkan mengenai kekurangan itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“MAFI memaklumkan bahawa bekalan telur mencukupi namun hakikatnya ia sukar diperoleh dan sebagai contoh kita dapat melihat hanya sepapan telur dijual kepada pengguna dalam karnival yang berlangsung hari ini.

“Ia bukan hanya pengguna yang terjejas malah peniaga makanan amat terkesan berikutan kekurangan bekalan telur selain sukar diperoleh,” katanya ketika ditemui selepas Program Advokasi Kepenggunaan Dan Jualan Keluarga Malaysia, di Dewan Sivik Ajil, Kampung Bukit Perah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, KPDNHEP berharap MAFI dapat menyelesaikan dengan segera permasalahan membabitkan bekalan telur di pasaran yang sudah berlarutan beberapa bulan kebelakangan ini.

Katanya, satu tindakan drastik perlu dilakukan berikutan maklum balas kontra yang diperoleh iaitu MAFI memberitahu bekalan telur mencukupi namun hasil tinjauan KPDNHEP mendapati bekalan telur berkurangan.

“Telur tidak bersubsidi mudah diperoleh di pasaran namun harganya sedikit mahal berbanding telur biasa yang bersubsidi yang sukar diperoleh dan jualannya terpaksa dicatukan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles