TANGGUNGJAWAB SOSIAL…Sebanyak 38 kakitangan Standard Chartered bergotong-royang mengecat dinding bangunan Taska Istika Jaya di Puchong, Selangor.
Secara langsung ia menjadikan taska berkenaan berwajah baharu serta mengembirakan kanak-kanak pekak yang menjadi penghuni taska berkenaan.
Aktiviti mengecat itu sebahagian daripada tanggungjawab amalan sosial Standard Chartered yang membuktikan keprihatian serta hubungan rapat Standard Chartered dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).
