Dua beranak antara 7 ditahan, polis rampas 216kg ganja

JOHOR BAHRU – Dua beranak ditahan membabitkan satu sindiket pengedaran dan pembungkusan ganja dalam empat serbuan berasingan sekitar Johor Bahru dan Ulu Tiram, pada Khamis dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata polis turut menahan lima individu lain termasuk dua gadis tempatan berusia 18 tahun.

Katanya, hasil serbuan polis merampas 216 ketulan mampat ganja seberat 216 kilogram dengan nilai RM540,257; 13.11 gram ketamin (RM1,966) dan 12.01 gram pil ecstasy (RM450).

Polis turut menyita dua buah kereta, sebuah motosikal dan wang tunai bernilai RM5,000.

“Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor. Pada Khamis lalu, kira-kira jam 10 malam kita menahan dua lelaki di tepi jalan kawasan bandaraya, dan hasil siasatan polis menyerbu apartmen dan tahan empat individu serta merampas sejumlah kecil dadah.

“Seterusnya pada jam 1.45 pagi pada 4 November, hasil siasatan membawa serbuan ke kawasan perumahan di Bandar Tiram, yang membawa kepada penahanan lelaki berusia 47 tahun yang juga ayah kepada seorang suspek yang ditahan sebelum ini.

“Siasatan membawa kepada serbuan akhir terhadap sebuah rumah di Puteri Wangsa, Ulu Tiram dan di situ polis menemui tempat penyimpanan dadah atau stor,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sindiket yang aktif sejak Ogos lalu menggunakan kaedah penghantaran kurier pengangkutan awam sebagai modus operandi mereka.

“Modus operandi mereka ialah mendapat bekalan dadah melalui kurier menggunakan pengangkutan awam. Dadah dibawa dari utara hantar ke sini dan disimpan di lokasi yang mengelirukan.

“Mereka menyewa dua rumah dengan sebuah dijadikan stor penyimpanan dadah. Manakala aktiviti pembungkusan dilakukan di apartmen.

“Seketul ganja yang mempunyai berat di antara 900 hingga 1,000 gram itu, berharga RM2,500 dalam pasaran. Sekiranya terlepas, dadah ini boleh digunakan oleh seramai 216,199 penagih.

“Kesemua suspek direman tujuh hari hingga 11 November depan. Enam daripada tujuh suspek yang ditahan positif dadah ganja dan methapethamin. Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” kanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles