fbpx

Sistem berbayar, tapi Twitter dibanjiri akaun palsu

ANKARA – Akaun Twitter yang palsu dilaporkan membanjiri platform media sosial itu walaupun pemilik baharu Twitter, Elon Musk, mendakwa sistem berbayar diperkenalkannya berupaya mengatasi masalah itu, termasuk gejala ‘bot and troll’.

Selepas Musk membatalkan dasar verifikasi sebelum ini, isu akaun palsu yang mempunyai ‘pengesahan’ tanda semak biru, semakin mendapat perhatian ramai malah mengecewakan syarikat dan personaliti yang menjadi mangsa, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan itu, kebanjiran akaun penyamar termasuk profil palsu kononnya bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush, dan bintang NBA, LeBron James, berlaku susulan keputusan Musk menawarkan tanda semak biru kepada mana-mana pengguna platform berkenaan dengan langganan bulanan AS$7.99, berbanding pengesahan bagi akaun berkepentingan awam saja.

Perkhidmatan langganan itu dilancarkan, baru-baru ini, bagi membolehkan pengguna mengesahkan akaun dengan tanda semak biru berkenaan.

Laporan itu mendakwa sejurus selepas Twitter melancarkan perkhidmatan langganan berkenaan, Rabu lalu, satu akaun palsu mempunyai tanda biru yang menyamar sebagai Bush menciap: ‘Saya rindu membunuh rakyat Iraq’ bersama emoji ‘wajah sedih’.

Satu akaun palsu yang menyamar sebagai bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Tony Blair pula mengulang ciap hantaran itu sambil menambah: ‘Sama tbh (sejujurnya).’

Malah, terdapat akaun palsu menyamar sebagai ahli sukan terkenal, termasuk James dengan membuat hantaran kononnya pemain Los Angeles Lakers itu meminta untuk berpindah ke pasukan bola keranjang yang lain, lapor Agensi Anadolu lagi. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles