fbpx

Pemandu lori maut nahas lima kenderaan

NILAI: Pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 280 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran kilang Recron Malaysia Sdn Bhd, di sini pagi tadi.

Kejadian turut menyebabkan keempat-empat lorong ditutup dan berlaku kesesakan lebih 5 km.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.43 pagi dan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta dan sebuah motosikal.

“Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan dan kemalangan membabitkan seramai 10 orang.

“Mangsa yang maut berumur 43 tahun dan merupakan pemandu salah sebuah lori treler.

“Dua orang lelaki dan dua orang wanita yang lain juga cedera manakala lima yang lain termasuk seorang lelaki dan seorang wanita bukan warganegara selamat.

Tambah kenyataan itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi tujuan rawatan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles