fbpx

Costa Rica rentap semangat Jepun

IMPIAN Jepun untuk menempah slot awal ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 terbantut selepas tewas 0-1 kepada Costa Rica dalam saingan di Stadium Ahmad bin Ali, sebentar tadi.

Lebih mengecewakan Jepun mensia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol sedangkan Costa Rica hanya menggunakan satu-satunya percubaan tepat sepanjang perlawanan.

Gol Costa Roca hadir menerusi Keysher Fuller yang melakukan sepakan lencong, menewaskan penjaga gol, Shuichi Gonda sekali gus merentap harapan Jepun.

Jaringan Fuller itu adalah pada sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Skuad Samurai Biru gagal meneruskan momentum kemenangan mengejut ke atas Jerman dan melepaskan peluang menentang Costa Rica yang bertahan dengan baik selepas dibelasah Sepanyol 7-0 pada perlawanan pertama.

Keputusan itu menyebabkan Jepun berdepan cabaran sukar untuk mara ke peringkat kalah mati apabila akan mengharungi aksi terakhir Kumpulan E menentang Sepanyol, Jumaat ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles