fbpx

Mangsa banjir di Kelantan terus catat peningkatan

KOTA BHARU – Setakat 9 malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat dan terkini seramai 2,018 orang.

Mangsa banjir terbabit terdiri daripada 635 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas di sini.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh membabitkan seramai 712 orang, manakala di SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.

Sementara itu, mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (251 orang), PPS Putat Tujoh (157 orang), SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin (73 orang) dan SK Kedai Tanjong (47 orang).

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles