KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya, hujan diramalkan pada sebelah petang dan malam hari ini, bagi negeri Terengganu, Johor dan Sabah (Pedalaman) serta satu dua tempat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Sri Aman, Kapit dan Miri) dan Sabah (Tawau dan Kudat).
Sementara, ribut petir turut diramal akan membadai beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan manakala satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor dan Melaka.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, dan Kapit) manakala di Sabah (Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat).
Pada Khamis, MetMalaysia turut menjangkakan hujan di Terengganu dan Pahang, satu dua tempat di Kelantan, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei) dan Sabah (Pantai Barat, Tawau dan Labuan) serta kawasan pantai di Pulau Pinang.
Namun, terdapat amaran ribut petir yang bakal melanda Sabah membabitkan daerah Sandakan dan Kudat keesokan pagi.
Hujan turut diramal melanda Terengganu, Kelantan dan Sabah (Labuan) manakala ribut petir dijangka membadai Kuala Lumpur, Putrajaya dan negeri Sembilan, satu dua tempat di Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor serta beberapa kawasan pedalaman di Perlis, Kedah dan Perak.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang) manakala di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat).
Pada sebelah malam, amaran ribut petir di satu dua tempat di Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah (Pedalaman dan WP Labuan manakala hujan di satu dua tempat di Perak, Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu) dan Sabah (Tawau, Sandakan dan Kudat).
Pada Jumaat, hujan bakal melanda Terengganu dan Pahang, satu dua tempat di Kelantan, Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) serta kawasan pantai di Pulau Pinang.
Bagi petang pula, amaran sama dikeluarkan bagi negeri Terengganu dan satu dua tempat di Kelantan serta Sarawak membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei.
MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir membadai Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak (Miri dan Limbang), satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan).
Pada sebelah malam, hujan dijangka berlaku di Terengganu, pedalaman Perak, Sarawak (Miri dan Limbang) serta satu dua tempat di Pualau Pinang, Kelantan, Pahang, pedalaman Kedah, Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) dan Sabah (Pantai Barat, Tawau dan Sandakan).
Amaran ribut petir juga dijangka melanda satu dua tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah (Labuan dan Pedalaman) dan turut berlaku di kawasan pendalaman di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.