fbpx

Mike Tyson tunai umrah bersama bapa, DJ Khalid

LOS ANGELES – Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dan bapanya menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi baru-baru ini, lapor portal berita sportskeeda semalam.

Berita itu dikongsi DJ Khaled atau nama sebenarnya ialah Khaled Mohammed Khaled, 47, yang juga seorang penyanyi rap Amerika Syarikat (AS) di laman Instagramnya.

DJ Khaled itu menyatakan ketika di Makkah air matanya jatuh kerana kegembiraan.

“Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Makkah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah.” 

Menurut portal berita WION, Tyson, 50, dan DJ Khaled berada di Arab Saudi untuk menghadiri Festival Filem Laut Merah dan selepas menghadiri acara itu, mereka menunaikan umrah.

Bekas petinju terkenal dari AS itu dilaporkan memeluk Islam ketika menghabiskan masa di penjara pada tahun 1992.

Selepas memeluk Islam, namanya menjadi Malik Abdul Aziz.

Beliau kemudian dibebaskan dari penjara pada tahun 1995. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles