13 terbunuh, 80 cedera insiden salji tebal di Jepun

TOKYO – Seramai 13 terbunuh, lebih 80 cedera manakala lebih 10,000 premis terputus bekalan elektrik apabila salji tebal melanda Jepun sejak 17 Disember lalu.

Sehingga petang semalam, Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran memberi amaran bahawa lebih 30 cedera parah manakala 50 yang lain cedera ringan.

Perkhidmatan kereta api dan kapal terbang turut terganggu di utara Jepun, sebahagian tengah dan barat pula mengalami kesesakan jalan raya yang teruk, menurut NHK.

Salji tebal dijangka bertersuan landa pelbagai wilayah di Jepun, terutamanya di sepanjang pantai Laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku barat sehingga hari ini.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), setakat jam 6 pagi Sabtu, ketinggian salji telah mencecah 152 sentimeter (cm) di bandar Oguni di Wilayah Yamagata, manakala salji di kampung Sekikawa di Wilayah Niigata mencecah 117cm, lapor Xinhua.

Pegawai cuaca memberi amaran angin kencang dengan kadar tiupan 35 meter sesaat akan melanda sepanjang pantai Laut Jepun dan utara Jepun pada Sabtu.

Wilayah Niigata diramalkan menerima curahan salji sehingga 80cm dalam tempoh 24 jam hingga pagi Ahad.

Wilayah timur laut Tohoku menyaksikan salji setinggi 70cm, manakala wilayah Kanto-Koshin setinggi 60cm, menurut JMA.

Pantai Pasifik juga diramal mengalami salji tebal terutamanya membabitkan kawasan pergunungan.

Orang ramai diminta terus berjaga-jaga berhubung situasi lalu lintas, ribut salji dan ombak tinggi. – Agensi

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles