Kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumi

SEGAMAT – Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dipercayai didera selamat dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, di sini, kira-kira 5.30 petang tadi.

Jenazah dibawa dari Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru kira-kira jam 3 petang selepas selesai proses bedah siasat.

Van jenazah yang diiringi kenderaan polis tiba di Masjid Jamek Labis pada jam 4.15 Petang dan disembahyangkan selepas solat Asar.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik, meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Sebelum itu, mangsa didapati pengesan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang, Batu Pahat dibawa ke klinik dan disahkan meninggal dunia pada 6.40 petang kelmarin.

Kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom, Segamat. – Foto FB Balai Polis Segamat

Terdahulu, polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama pada seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.

Susulan itu, katanya lagi, polis menahan lima individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri berusia 15 hingga 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes dera berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya buat kali terakhir.

Dia sedang menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam, Kluang akibat kesalahan dadah, tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSI di sini pada 2.15 petang tadi dengan diiringi dua pegawai penjara.

Dia yang memakai baju tahanan berwarna ungu diberi peluang melihat jenazah anaknya itu kira-kira lima minit.

Bapa kanak-kanak itu juga dipenjara di Penjara Sungai Udang, Melaka atas kesalahan dadah.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles