fbpx

50 individu Islam ditahan kerana minum arak

KUALA LUMPUR – 50 individu beragama Islam ditahan atas kesalahan meminum arak dalam serbuan bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi berkaitan ke premis hiburan di ibu negara, malam tadi.

Serbuan dilancarkan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi Bersepadu Premis Hiburan (Kelab Malam/Rumah Pelacuran) Siri 10/2022 itu bertumpu ke sembilan premis hiburan sekitar Taman Shamelin, Taman Maluri, Jalan Metro Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang, bermula jam 11 malam dan berakhir 3 pagi.

DBKL memaklumkan, selepas pemeriksaan ke atas pengunjung pusat hiburan terbabit termasuk warga asing, JAWI menahan 50 individu Islam dan mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaannya mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

“Melalui keputusan ujian saringan air kencing pula, AADK menahan seorang pengunjung berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234),” menurut DBKL melalui hantaran di Facebook (FB) rasminya, hari ni.

DBKL turut menutup serta-merta empat premis mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 dan membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran.

Selain itu, tiga notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran) dan UUK Iklan (WPKL)1982 (Pamer Iklan Tanpa Kebenaran).

Selain itu, tiga notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran) dan UUK Iklan (WPKL)1982 (Pamer Iklan Tanpa Kebenaran).

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles