Lebih 10,000 guru di Jepun hadapi masalah mental

TOKYO – Lebih 10,000 guru sekolah awam di Jepun mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang selain beban kerja guru muda yang meningkat. 

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka. – Agensi

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles