fbpx

Piala Dunia: Malaysia tundukan New Zealand

MALAYSIA mempamerkan aksi hebat apabila menjinakkan pasukan ranking kesembilan dunia, New Zealand 3-2 pada aksi Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar sebentar tadi.

Kejayaan itu mengesahkan status skuad hoki negara sebagai naib juara Kumpulan C dan mara ke peringkat cross over menentang pasukan ketiga Kumpulan D sama ada India, England atau Sepanyol pada Ahad ini.

Malaysia yang menghuni ranking ke-11 dunia, meraih dua gol dalam perlawanan itu menerusi jaringan padang Faizal Saari (m-9) dan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-43.

Bagaimanapun, The Black Sticks bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit menerusi Hayden Phillips dan Sam Lane pada minit ke-52 serta 53.

Faizal kemudiannya muncul wira buat skuad negara apabila meledak gol kemenangan ketika aksi berbaki tiga minit lagi sebelum tamat.

Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975 memihak kepada New Zealand yang mencatat 13 kemenangan, manakala Malaysia pula hanya menang enam kali dan seri enam kali.

Kali terakhir Malaysian Tigers menewaskan The Black Sticks ketika aksi Test Match 2018 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dengan kemenangan 4-2.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles