9 premis dikendali warga Bangladesh di Bukit Bintang diarah tutup

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan serbuan ke atas 10 premis yang dikendalikan peniaga warga asing di sekitar Bukit Bintang, di sini, semalam.

Serbuan hasil pemantauan selama lebih seminggu itu diambil susulan operasi khas dijalankan DBKL di sekitar pusat beli-belah Berjaya Times Square dan Jalan Imbi di Bukit Bintang yang bermula lewat petang dan berakhir 9.30 malam.

DBKL melalui kenyataan berkata, sembilan premis perniagaan turut diarahkan tutup.

“Semua 10 premis itu membabitkan kedai menjual barangan am membabitkan pakaian, tekstil, beg, aksesori telefon serta restoran yang dikendalikan warga Bangladesh.

“Hasil pemeriksaan, DBKL mengambil tindakan penutupan serta-merta terhadap sembilan daripada 10 premis terbabit mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya melalui Facebook, hari ini.

DBKL memaklumkan, pihaknya turut mengeluarkan 10 notis kompaun terhadap premis berkenaan menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Ia membabitkan enam notis Tiada Lesen Perniagaan, tiga notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran dan satu notis kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Langgar Syarat Lesen.

“DBKL akan meneruskan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan membabitkan aktiviti perniagaan yang dikendalikan warga asing,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles