Kumpulan konvoi cemas motosikal berkuasa tinggi hampir hanyut

MERSING – Sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura yang meredah banjir cemas apabila beberapa motosikal yang dinaiki hampir dihanyutkan di Jalan Nitar, Mersing hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi ada motosikal yang rosak.

“Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda,” katanya.

Video kejadian berdurasi 27 saat tular dengan memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dipercayai hanyut ketika meredah jalan yang dinaiki air.

Sementara itu, bilangan mangsa banjir di semakin meningkat dengan seramai 4,805 mangsa ditempatkan di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat pukul 5.40 petang tadi.

Melalui data di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan, ia melibatkan Johor, Pahang dan Sabah.

“Di Johor seramai 4,540 mangsa daripada 1,257 keluarga ditempatkan di 46 buah PPS.

“Manakala di Sabah empat PPS dibuka dengan 168 mangsa daripada 47 keluarga direkodkan dan Pahang dengan 97 mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di tiga PPS,” kata info tersebut

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles