Axia serba baharu dibuka untuk tempahan

PERODUA Axia serba baharu kini dibuka untuk tempahan dan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menetapkan Axia serba baharu pada harga bermula RM38,600 hingga RM49,500 seunit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model serba baharu Axia itu ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu G, X, SE dan AV.

Katanya, bagi pelanggan yang telah menempah Axia sedia ada, mereka boleh menaik taraf ke Axia serba baharu atau mengekalkan pilihan pembelian mereka.

“Axia serba baharu itu akan menggantikan model Axia sedia ada yang ditamatkan pengeluaran pada Disember 2022,” katanya hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Axia serba baharu adalah model terbaharu di bawah Perodua Smart Build (PSB) dan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serta komponen global.

“Model peringkat permulaan terbaharu ini adalah evolusi lengkap daripada model terdahulunya pada semua peringkat dari segi kecekapan bahan api, yang mana model ini berpotensi untuk bergerak sehingga 27.4 kilometer seliter berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu,” katanya.

Model baharu ini juga turut dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Pintar Perodua, yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.

Ia turut didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) berserta kawalan cengkaman, ABS dengan Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Hill Start Assist dan kawalan cengkaman.

Kesemua varian itu dilengkapi enjin satu liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver,Ivory Whitedan serta warna baharu, Coral Blue.

Untuk varian SE dan AV, Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan mod kuasa, lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan.

Varian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan pelbagai maklumat TFT (Transistor Filem Nipis) tujuh inci, paparan audio sembilan inci, tempat duduk separa kulit (dua tona) dan enam beg udara.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles