fbpx

Korban letupan masjid meningkat ke 83 orang

PESHAWAR – Jumlah kematian dalam letupan masjid di sini meningkat kepada 83 mangsa termasuk 27 pegawai polis.

Pengebom bunuh diri itu berjaya melepasi kawalan ketat pasukan keselamatan sebelum meletupkan dirinya di dalam masjid dipenuhi 400 jemaah.

Ketua Polis Peshawar, Ijaz Khan, berkata 170 jemaah turut cedera dengan kebanyakannya dalam keadaan kritikal.

Angka korban meningkat sehingga 83 orang selepas beberapa individu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, kata pegawai hospital, Mohammad Asim dalam satu kenyataan.

Kumpulan Taliban tempatan yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), menafikan pihaknya melakukan serangan itu dan mengeluarkan kenyataan memaklumkan pihaknya tiada kaitan dengan serangan terbabit.

Khan berkata, pengebom itu meletupkan dirinya ketika jemaah sedang berdoa dan pihaknya sudah menemui kesan bahan letupan berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui bagaimana pengebom itu boleh melepasi kawalan keselamatan termasuk sama ada dia mendapat bantuan orang dalam atau sebaliknya.

Menteri Pertahanan, Khawaja Asif, memberitahu Geo TV bahawa pengebom itu berdiri di barisan pertama jemaah.

Seorang anggota polis yang mengalami luka di kepala memberitahu, bunyi ledakan itu sangat kuat sehingga memekakkan telinganya sebelum beliau tercampak keluar dan dinding serta bumbung masjid jatuh menimpanya.

Letupan itu menyebabkan bahagian tingkat atas masjid terjatuh, sekali gus memerangkap puluhan jemaah dalam runtuhan.

Rakaman televisyen turut menunjukkan anggota penyelamat memotong bumbung yang runtuh untuk membantu mangsa yang terperangkap dalam serpihan berkenaan. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles