Nekad curi bas demi pulang ke kampung

MELAKA – Seorang penganggur sanggup melarikan sebuah bas sekolah semata-mata untuk pulang ke kampung petang semalam.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila bas dipandunya itu terbabas sebelum ditahan polis kira-kira jam 5.45 petang di tepi Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati, suspek mendakwa hendak balik ke kampung di Kapar, Selangor dengan memandu bas sekolah itu.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes cubaan melarikan kenderaan pada 2013,” katanya.

Katanya, suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Menjelaskan tentang kejadian itu, beliau berkata, sehari sebelum kejadian, pemiliknya berusia 68 tahun meletakkan bas sekolah terbabit di sebuah stesen minyak dekat Kampung Musai.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 5.30 petang semalam, warga emas berkenaan melihat basnya bergerak keluar tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka adiknya yang memandu.

“Tidak lama selepas itu, dia dihubungi oleh anaknya yang memaklumkan ada orang mencuri bas miliknya itu dan melarikan diri ke arah Lebuh AMJ Melaka Sentral.

“Dia kemudian bergegas keluar dan mengikut dari arah belakang sebelum bas terbabit tiba-tiba terbabas ke bahu jalan berhampiran Taman Malinja. Dengan bantuan orang awam dia berjaya menahan suspek,” katanya.

Menurut beliau, akibat daripada kejadian itu bas terbabit mengalami kerosakan yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM30,000.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles