fbpx

Bella Astillah “tuduh” Sophia Albarakbah ganggu rumah tangganya

PETALING JAYA: Spekulasi pelakon wanita didakwa cuba mengganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila Alif mengesahkannya adalah Sophia Albarakbah.

Meskipun tidak menyebut nama, namun penjelasan Aliff terhadap kriteria wanita dikaitkan dengan dirinya menjurus kepada Sophia.

dan pelakon kelahiran Singapura itu tidak menafikan, kontroversi itu terjadi berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.

“Tiada siapa dapat menjangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan agar tidak lalai menjaga kesilapan.

“Pada awal penggambaran, tiada sesi bacaan skrip, jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” ujarnya.

Enggan kontroversi berlanjutan dan demi menghormati perasaan isteri, bekas juara Gegar Vaganza 9 itu akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Miimaland itu.

“Seperti apa yang Bella katakan, saya menghormati dan mampu mengembalikan kepercayaan dan keyakinannya terhadap saya,” kata Aliff.

Sementara itu, Aliff berharap Sophia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan itu.

“Saya tidak boleh memaksa, tetapi berharap Sophia dapat beri penjelasan. Apapun, terpulang kepadanya,” ungkapnya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut, namun warganet mula menyerang Sophia dalam Instagram sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen. (Sumber BH Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles