fbpx

Buruh dipenjara 15 bulan, pukul isteri guna topi keledar

GUA MUSANG – Seorang buruh yang memukul isterinya menggunakan topi keledar, pada 25 Januari lalu dijatuhi hukuman 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd Shamsuri Rokman Yusuf, 35, membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memukul isterinya, Siti Norhashikin Che Mat, 35, menggunakan topi keledar berwarna merah di hadapan kedai makan di Paloh 2 di sini, pada jam 5 petang 25 Januari lalu.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu, manakala bagi kesalahan Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, hukumannya penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut seksyen yang relevan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

Ahmad Firdaus merayu hukuman terhadap Mohd Shamsuri dikurangkan kerana mempunyai tanggungan lima anak dan menjaga ibu sakit.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan bermula daripada tarikh ditangkap pada 28 Januari lalu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles