fbpx

Jorginho sertai Arsenal dari Chelsea

JORHINHO sah menyertai Arsenal selepas mencapai persetujuan dengan Chelsea dengan perjanjian selama 18 bulan bernilai RM63 juta.

Arsenal memutuskan untuk mendapatkan pemain antarabangsa Itali selepas gagal mendapatkan Moises Caicedo daripada Brighton.

Pemain berusia 31 tahun itu akan memakai jersi bernombor 20 di Arsenal.

Mikel Arteta terdesak untuk menambah pemain tengah ke dalam skuadnya ketika jendela perpindahan Januari susulan kecederaan yang dialami Thomas Partey dan Mohamed Elneny.

Sportsmail sebelum ini melaporkan bagaimana Arsenal berbincang sama ada mereka perlu membuat tawaran ketiga untuk Caicedo di tengah-tengah kebimbangan boleh merosakkan hubungan dengan Brighton.

Arsenal percaya mereka mempunyai hubungan baik dengan Brighton – setelah berjaya menandatangani Ben White dari Stadium Amex dalam perjanjian bernilai RM262 juta – dan tidak mahu menjejaskannya.

Justeru, mereka mengalihkan perhatian kepada Jorginho kerana Chelsea terbuka untuk menjual pemain itu berikutan kontraknya di kelab itu akan tamat pada musim panas ini dan kemungkinan kedatangan Enzo Fernandez akan terus menenggelamkannya.

Jorginho tiba di Stamford Bridge dari Napoli pada 2018, menandatangani perjanjian bernilai RM262 juta dengan dia bermain 213 kali untuk kelab, menjaringkan 29 gol dan mencatat sembilan bantuan jaringan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles