Lesen memandu gerenti lulus, pekerja sekolah memandu ditahan

SHAH ALAM – Seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu ditahan disyaki menawarkan lesen ‘gerenti lulus’ daripada seorang calon ujian memandu, hari ini.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada mangsa.

Dia ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika hadir memberi keterangan pada jam 4.30 petang hari ini.

Menurut sumber, suspek yang juga pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya secara sambilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, SPRM Selangor akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles